Manik merupakan objek budaya yang memiliki keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.
Menjadi trending kembali, jahitan manik pada pakaian seperti baju kurung moden. Jahitan manik dapat menyerlahkan lagi kecantikkan pada sesuatu rekaan pakaian. Namun perlu diingat, pemilihan manik yang sesuai membolehkan anda tampil bergaya tanpa menjadi mangsa fesyen, terutamanya kepada bakal pengantin.
Tahukah anda manik terdapat pelbagai jenis. Di sini kami ingin perkenalkan anda dengan 5 jenis manik yang mendapat permintaan tinggi di butik Design By AAK.
Manik Silinder
Boleh didapati dalam pelbagai warna, namun warna putih, hitam dan kuning keemasan menjadi pilihan ramai. Sesuai dipadamkan dengan manik labuci dalam membentuk corak motif berunsurkan bunga dan daun.
Chunky Beads
Terdapat pelbagai jenis bagi manik jenis Chunky Beads; antaranya Solid ,Clear, Rainbow. Chunky Beads terkenal dalam kalangan remaja.
Manik Mutiara / Pearl
Selain digunakan untuk dijadikan aksesori dalam membuat bunga telur, rantai dan macam-macam lagi, Manik Mutiara juga menjadi pilihan peminat penjahit manik baju. Terdapat beberapa jenis Manik Mutiara/ Pearl iaitu ABS, Glass, dan Mutiara air masin/tawar.
Ianya juga datang dengan pelbagai saiz dan warna.
Manik Tampal
Menjadi pilihan kerana ianya murah dan hanya perlu ditampal menggunakan gam pada busana. Namun perlu ditampal dengan betul, jika tidak ia akan mudah tertanggal dan pasti akan mencacatkan busana.
Labuci
Labuci datang dengan pelbagai saiz dan warna dan ianya terdiri daripada berbagai bentuk. Terdapat bentuk bunga, bentuk bulat serta segitiga. Dalam membezakan kualiti suatu manik labuci, penelitian boleh dilakukan dengan cara memfokuskan pada bentuk dan pancaran warnanya.